Aktiviti candat sotong waktu malam di perairan Pulau Kapas
Panduan Destinasi

Terengganu, dari jeti ke lubuk

Malam di laut Pulau Kapas, siang jelajah pantai Terengganu. Rancang cuti anda di sekitar satu trip candat.

4kawasan persisiran
19lokasi di peta
Lepas Asarbertolak dari Jeti Marang
7:00 pagipulang keesokannya
Peta Interaktif

Persisiran pantai Terengganu

Tapis ikut kawasan atau kategori, tekan lokasi untuk butiran, dan susun pelan anda. Lubuk sebenar dipilih kapten pada malam trip.

Memuatkan peta…
Jeti Trip
Jeti Marang (ILKM)

Tempat berkumpul dan bertolak. Parkir luas disediakan. Bertolak selepas Waktu Asar, pulang 7:00 pagi keesokannya.

Pelan Trip Saya
Tekan lokasi di peta dan “Tambah ke pelan” untuk susun cuti anda di sekitar trip candat.

Contoh 2 hari 1 malam

Satu malam di laut, satu hari di darat.

  1. Hari 1 · Pagi
    Sampai Kuala Terengganu

    Sarapan dan jalan-jalan di Pasar Payang dan Kampung Cina.

  2. Hari 1 · Tengah hari
    Gerak ke Marang

    Makan tengah hari di pekan Marang. Beli umpan/candat di jeti kalau belum ada.

  3. Hari 1 · Lepas Asar
    Bertolak dari Jeti Marang

    Naik bot, menuju perairan Pulau Kapas. Makan malam disediakan di atas bot.

  4. Hari 2 · 7:00 pagi
    Pulang ke jeti

    Bawa balik tangkapan dalam kotak ais. Sarapan di Marang, kemudian rehat.

  5. Hari 2 · Petang (pilihan)
    Santai di Batu Buruk atau Masjid Kristal

    Kalau masih ada tenaga, tutup cuti dengan petang di pantai atau Pulau Wan Man.

Tiga keputusan sebelum anda tempah

1
Tempah malam dulu, baru hotel

Musim candat biasanya penuh, terutama hujung minggu. Kunci tarikh bot dulu, sekurang-kurangnya sebulan awal, baru tempah penginapan di sekitarnya.

2
Pilih pangkalan di Marang atau Kuala Terengganu

Jeti di Marang. Kalau nak dekat, tidur di Marang. Kalau nak banyak pilihan makan dan jalan, tidur di Kuala Terengganu dan memandu ke jeti.

3
Cuaca boleh tangguhkan trip

Keselamatan dahulu. Kalau keadaan laut tak selamat, trip boleh ditangguhkan dan kami akan hubungi anda terus untuk tukar tarikh.

Senarai bawa
  • Ubat mabuk laut, makan 30 minit sebelum naik bot
  • Baju sejuk atau windbreaker untuk angin laut malam
  • Plastik untuk bawa balik sotong
  • Umpan/candat sendiri (atau beli di vending machine jeti)

Book Your Boat

Pilih saiz group, pilih bot, dan lock malam anda dengan deposit. Bertolak dari ILKM Marang, Marang 21600, Terengganu.

Search Available Boats

Soalan lazim

Buat masa sekarang trip candat Sakura Tackle tak buka trip solo. Tetapi kami akan buka.

Bertolak selepas Waktu Asar dari Jeti Marang. Pulang pukul 7:00 pagi keesokannya.

Deposit serendah RM50/pax untuk lock slot.

Umpan/candat boleh beli di vending machine di jeti sekiranya tiada.

WhatsApp Kami